Forum : Mengasaskan Politik Rahmatan Lil'Alamin Untuk Malaysia: Peranan Ulamak, Umarak dan Ummah Panel: Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan YB Dr Siti Mariah Mahmud Moderator: Ustaz Azrul Hakim Suradi
Konvensyen Maqasid Syariah 2015: Sesi petang Aturcara Petang Ucapan "MAQASID SYARIAH & INCLUSIVITY" oleh Dr Hj Dzulkefly Ahmad Forum "MAQASID SYARIAH DAN POLA PEMIKIRAN GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA" Dr Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden AMANAH) Dr Maszlee Malik (Ahli Akademik & Ahli DPN IKRAM) Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Naib Presiden AMANAH) Tuan Haji Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan PKR) Moderator: Tuan Haji Arifin Hassan (Timb Pengerusi JK Perhubungan Antarabangsa IKRAM)
Pra Pelancaran AMANAH Terengganu 4.9.15 - Ustaz Hasanuddin
Ucapan oleh Naib Pengerusi Parti Amanah Negara, Ustaz Hasanuddin Yunus dalam majlis Pra Pelancaran Parti Amanah Negara peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Balai Besar Dungun, Terengganu.
Maqasid Syariah dan Pola Pemikiran Gerakan Islam di Malaysia Forum Maqasid Syariah ini menampilkan: -Dr Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden AMANAH) -Dr Maszlee Malik (Ahli Akademik 7 Ahli DPN IKRAM) -Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Naib Presiden & Ahli DPN IKRAM) -Tuan Haji Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan PKR) -Tuan Haji Arifin Hassan (Moderator, Timb Pengerusi JK Perhubungan Antarabangsa IKRAM)
Kenyataan IKRAM Selangor : Isu Rampasan Bible Bahasa Melayu
Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Selangor, Ust Hj Hasanuddin Mohd Yunus mengulas kenyataan media yang dikeluarkan IKRAM Selangor berkaitan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas lebih 300 naskhah Bible Bahasa Melayu dan Bahasa Iban di pejabat Persatuan Bible Malaysia, Petaling Jaya.
Rakaman Forum Islam di Perkarangan Masjid Felda Ciku 1 Gua Musang
Tajuk: Pemimpin Di Alaf Baru Panel1:Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengarah Jabatan Agama FELDA Panel 2:Ustaz Haji Mokhtar Yaakob, Pegawai Agama Felda Moderator: Ustaz Haji Mohd Suhaidi Ismail, Kaunselor PPD Pasir Puteh
Liputan ketibaan rombongan pertama misi Aqsa2Gaza 8 di KLIA, 24 Ogos 2012 yang lalu dalam berita TV9.
"Kami telah berjaya menyampaikan seluruh amanah yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada penduduk-penduduk Gaza yang terdiri daripada anak-anak yatim, terdiri daripada orang-orang miskin, terdiri daripada mereka yang memerlukan. Segala projek-projek yang kami bawa, alhamdulillah, kami telah membuat pemantauan, dan alhamdulillah segala tersebut berjalan dengan baik dan mereka sangat gembira"
Merupakan slot pertama AMIR Education Fair(AEF) yang di adakan di Saitama, Jepun pada 4-5 Mei 2012.
Slot1: Interaktif Syria : Pergolakan yang tidak berkesudahan
Membawakan kepada anda kupasan lanjut mengenai pergolakan yang sedang berlaku di Syria oleh Dr Hafidzi Mohd Noor(Pengerusi Agsa Syarif Berhad),tokoh yang dijemput khas dari Malaysia
"Aqsa Syarif yang diluluskan pendaftarannya pada 4 Februari 2010, telah melangkah jauh sejak setahun yang lalu di dalam menggerakkan usaha-usaha ke arah pembebasan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa, Al-Haram Asy-Syarif. Kepimpinan yang diterajui oleh Pengerusi yang pertama, Al-Fadhil Al-Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif serta disokong oleh pengurus-pengurus dan pasukan aktivisnya di semua 14 negeri dan 67 daerah, telah berjaya membawa Aqsa Syarif ke satu mercu tanda yang bermakna dalam melakar perjuangan pembebasan Palestin di tanah air Malaysia yang makmur dan tercinta ini."
oleh Dr Hafidzi Mohd Noor dan Ust Hasanuddin Mohd Yunus
Temuramah dalam Agenda Awani di Astro Awani pada 2 September 2012 yang lalu. Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Ketua Misi Aqsa2Gaza 8, Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus mengulas tajuk : Meneruskan Visi & Misi, bersama hos yang terkenal komited dalam isu Palestin dan antarabangsa, Hj Nazri Kahar.
Projek Ternakan Lembu dan Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza
Saksikan temubual TV3 dengan Pengerusi Aqsa Syarif, Ust Hasanuddin Mohd Yunus tentang Projek Ternakan Lembu dan Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza, Palestin. Akaun untuk menyalurkan sumbangan juga disertakan.
Projek ternakan lembu ini pada asal telah terbengkalai, ditinggalkan oleh sebuh NGO Palestin. Aqsa Syarif telah menyelamatkan projek ini melalui sumbangan rakyat Malaysia. Tahniah Rakyat Malaysia dan teruskan sumbangan anda melalui Aqsa Syarif.
6 Jun 20101 | 5.20am | KLIA Senarai nama sekarelawan daripada Malaysia. 1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin 2. Dr Mohd Arbai'e bin Syawal, HALUANPalestin 3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin 4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin 5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin 6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif 7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA) 8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM) 9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care 10. Mustafa bin Mansur, MAPIM 11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO 12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Pengalaman Aktivis Malaysia Dalam Misi Bantuan Gaza Flotilla
KUALA LUMPUR, 6 Jun - Ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin berkata penggunaan peluru getah adalah sebagai alasan semata-mata kerana terdapat bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara.
Noorazman dan sebelas lagi sukarelawan Malaysia berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang tentera Israel Isnin lepas.
Katanya, beliau dan tiga rakan aktivis - Abdul Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus dan Jamuliddin Elias - turut ditembak dengan peluru getah dan mengenai masing-masing di bahagian kepala, belakang dan paha.
"Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan sahaja," katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di tanah air awal pagi ini.
"Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal.
"Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang yang mereka mahu bunuh.
"Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa... tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak. Kami hanya orang biasa. Salah seorang media Turki yang ditembak memang ada di dalam senarai itu," katanya.
Beliau berkata ketika serangan pada waktu Subuh itu, wakil media telah menunjukkan keberanian dengan terus merakamkan kejadian itu tanpa menghiraukan keselamatan mereka walupun ketika itu dihujani peluru.
"Ketika kami diserang selepas waktu solat Subuh, rakan media telah menunjuk keberanian dan kekuatan mereka tanpa menghiraukan perkara membahayakan mereka dengan peluru ketika itu seperti hujan.
"Mereka cuba merakam sebanyak mungkin untuk tujuan memberikan kesedaran dan maklumat kepada seluruh dunia."
Malah katanya seorang wartawan Indonesia yang dikenali sebagai Suria telah ditembak peluru hidup di dada kanannya.
Namun dalam keadaan kritikal itu beliau masih cuba mendapatkan maklumat-maklumat yang ada walaupun selepas itu maklumat itu telah dirampas.
Noorazaman amat mengharapkan bantuan media untuk menekan Israel bagi menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Kita harapkan rakan media yang ada dapat terus membantu usaha kita untuk membebaskan penderitaan yang dialami rakyat Palestin ini."
Sementara itu, Noorazman berkata mereka juga tidak menyangka dapat keluar dari Israel seawal ini.
"Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin setahun dua tahun lagi.
"Apatah lagi kami telah diputuskan hubungan (dengan dunia) luar dengan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Kami hanya melihat kedutaan-kedutaan negara lain masuk ke dalam penjara.
"Kami tahu Kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tidak ada hubungan diplomatik (dengan Israel)," kata ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin.
Kesemua 12 sukarelawan Malaysia yang selama pulang itu memanjatkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.
"Saya bagi pihak rakan-rakan juga mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Jordan. Kami tidak sangka dapat keluar awal.
"Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira itu," kata ketua biro Palestin Haluan Malaysia itu.