Sunday 14 February 2016

Mengasaskan Politik Rahmatan Lil'Alamin Untuk Malaysia: Peranan Ulamak, Umarak dan Ummah - Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus



Nadwah Ulama' Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI15 Slot 7)


Forum :
Mengasaskan Politik Rahmatan Lil'Alamin Untuk Malaysia: 
Peranan Ulamak, Umarak dan Ummah

Panel: Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan YB Dr Siti Mariah Mahmud
Moderator: Ustaz Azrul Hakim Suradi

Konvensyen Maqasid Syariah 2015: Sesi petang



Konvensyen Maqasid Syariah 2015: Sesi petang

Aturcara Petang

Ucapan "MAQASID SYARIAH & INCLUSIVITY" oleh Dr Hj Dzulkefly Ahmad
Forum "MAQASID SYARIAH DAN POLA PEMIKIRAN GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA"
Dr Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden AMANAH)
Dr Maszlee Malik (Ahli Akademik & Ahli DPN IKRAM)
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Naib Presiden AMANAH)
Tuan Haji Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan PKR)
Moderator: Tuan Haji Arifin Hassan (Timb Pengerusi JK Perhubungan Antarabangsa IKRAM)

Pra Pelancaran AMANAH Terengganu 4.9.15 - Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus



Pra Pelancaran AMANAH Terengganu 4.9.15 - Ustaz Hasanuddin

Ucapan oleh Naib Pengerusi Parti Amanah Negara, Ustaz Hasanuddin Yunus dalam majlis Pra Pelancaran Parti Amanah Negara peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Balai Besar Dungun, Terengganu.

Ceramah Perdana - Naib Pengerusi Parti Amanah Negara, Ust Haji Hasanuddin Mohd Yunus


Ceramah Perdana - Naib Pengerusi Parti Amanah Negara, Ust Haji Hasanuddin Mohd Yunus

Ceramah Perdana Parti Amanah Negara
Oleh : Naib Pengerusi Parti Amanah Negara, Ust Haji Hasanuddin Mohd Yunus
Tempat : Pasir Tumboh, Kelantan

Maqasid Syariah dan Pola Pemikiran Gerakan Islam di Malaysia


Maqasid Syariah dan Pola Pemikiran Gerakan Islam di Malaysia

Forum Maqasid Syariah ini menampilkan:

-Dr Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden AMANAH)
-Dr Maszlee Malik (Ahli Akademik 7 Ahli DPN IKRAM)
-Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Naib Presiden & Ahli DPN IKRAM)
-Tuan Haji Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan PKR)
-Tuan Haji Arifin Hassan (Moderator, Timb Pengerusi JK Perhubungan Antarabangsa IKRAM)

Friday 12 February 2016

Forum Perdana Ehwal Islam - "Isu-Isu Jihad" oleh Ust Hasanuddin Mohd Yunus


Forum Perdana Ehwal Islam - "Isu-Isu Jihad" oleh Ust Hasanuddin Mohd Yunus

Forum Perdana Ehwal Islam ini diadakan di Felda Keratong, Bandar Tun Razak, Pahang

Kenyataan IKRAM Selangor : Isu Rampasan Bible Bahasa Melayu


Kenyataan IKRAM Selangor : Isu Rampasan Bible Bahasa Melayu

Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Selangor, Ust Hj Hasanuddin Mohd Yunus mengulas kenyataan media yang dikeluarkan IKRAM Selangor berkaitan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas lebih 300 naskhah Bible Bahasa Melayu dan Bahasa Iban di pejabat Persatuan Bible Malaysia, Petaling Jaya.

Forum Pemimpin Di Alaf Baru di Felda Ciku 1 Gua Musang





Rakaman Forum Islam di Perkarangan Masjid Felda Ciku 1 Gua Musang


Tajuk: Pemimpin Di Alaf Baru

Panel1:Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengarah Jabatan Agama FELDA 
Panel 2:Ustaz Haji Mokhtar Yaakob, Pegawai Agama Felda 

Moderator: Ustaz Haji Mohd Suhaidi Ismail, Kaunselor PPD Pasir Puteh

Sunday 27 January 2013

Cabaran Pemuda Islam Dalam Menghadapi Perkembangan Dunia Kini

Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam Syarahan Perdana : 

Cabaran Pemuda Islam Dalam Menghadapi Perkembangan Dunia Kini




Hidupkan perasaan tercari-tercari...
Suburkan semangat tercari-cari...
Allah swt mencari orang yang tercari-cari ini...

Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam Buletin Pagi TV3

Prof Madya Hasanuddin Mohd Yunus 
dalam Buletin Pagi TV3

RM2.5 Juta berjaya diagihkan di Gaza, Palestin




RM 2.5 juta telah diagih di Gaza, Palestin melalui misi Aqsa2Gaza 8. 
Ikuti liputan ketibaan misi ini di KLIA dalam Buletin Pagi TV3.

Ustaz Hasanuddin di TV9 - Aqsa Syarif agih RM2.5 juta bantuan ke Palestin

Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus di TV9 
Aqsa Syarif agih RM2.5 juta bantuan ke Palestin 





Liputan ketibaan rombongan pertama misi Aqsa2Gaza 8 di KLIA, 24 Ogos 2012 yang lalu dalam berita TV9.

"Kami telah berjaya menyampaikan seluruh amanah yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada penduduk-penduduk Gaza yang terdiri daripada anak-anak yatim, terdiri daripada orang-orang miskin, terdiri daripada mereka yang memerlukan. Segala projek-projek yang kami bawa, alhamdulillah, kami telah membuat pemantauan, dan alhamdulillah segala tersebut berjalan dengan baik dan mereka sangat gembira"



Tuesday 30 October 2012

Isra' Mi'raj dan negosiasi oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus


Isra' Mi'raj dan negosiasi






TVAlhijrah 28 Okt 2012 - YDP IKRAM Selangor, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus - IKRAM Memainkan Peranan Dalam Merealisasikan Islam

TVAlhijrah 28 Okt 2012

YDP IKRAM Selangor, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

IKRAM Memainkan Peranan Dalam Merealisasikan Islam 




Dalam apa perbezaan pun; Pertubuhan Ikram Malaysia dan Gerakan Islam yang lain akan memastikan Islam melonjak dalam apa keadaan sekalipun.

Selama ini kenapa Islam tidak di tempanya yang sewajar, walau dia bukan negara Sekular?

Penafian Malaysia bukan negara sekular, tidak akan membuat non muslim merasa takut kepada Islam.....

Syria : Pergolakan yang tidak berkesudahan


Syria : Pergolakan yang tidak berkesudahan







Merupakan slot pertama AMIR Education Fair(AEF) yang di adakan di Saitama, Jepun pada 4-5 Mei 2012.

Slot1:
Interaktif
Syria : Pergolakan yang tidak berkesudahan

Membawakan kepada anda kupasan lanjut mengenai pergolakan yang sedang berlaku di Syria oleh Dr Hafidzi Mohd Noor(Pengerusi Agsa Syarif Berhad),tokoh yang dijemput khas dari Malaysia

"Aqsa Syarif yang diluluskan pendaftarannya pada 4 Februari 2010, telah melangkah jauh sejak setahun yang lalu di dalam menggerakkan usaha-usaha ke arah pembebasan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa, Al-Haram Asy-Syarif. Kepimpinan yang diterajui oleh Pengerusi yang pertama, Al-Fadhil Al-Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif serta disokong oleh pengurus-pengurus dan pasukan aktivisnya di semua 14 negeri dan 67 daerah, telah berjaya membawa Aqsa Syarif ke satu mercu tanda yang bermakna dalam melakar perjuangan pembebasan Palestin di tanah air Malaysia yang makmur dan tercinta ini."

Astro Awani Agenda Awani 2 Sep 2012 Meneruskan Visi & Misi Dr Hafidzi dan Ust Hasanuddin


Astro Awani Agenda Awani 2 Sep 2012 

Meneruskan Visi & Misi 

oleh Dr Hafidzi Mohd Noor dan Ust Hasanuddin Mohd Yunus





Temuramah dalam Agenda Awani di Astro Awani pada 2 September 2012 yang lalu.

Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Ketua Misi Aqsa2Gaza 8, Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus mengulas tajuk : Meneruskan Visi & Misi, bersama hos yang terkenal komited dalam isu Palestin dan antarabangsa, Hj Nazri Kahar.

Projek Ternakan Lembu dan Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza


Projek Ternakan Lembu dan Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza






Saksikan temubual TV3 dengan Pengerusi Aqsa Syarif, Ust Hasanuddin Mohd Yunus tentang Projek Ternakan Lembu dan Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza, Palestin. Akaun untuk menyalurkan sumbangan juga disertakan.

Projek ternakan lembu ini pada asal telah terbengkalai, ditinggalkan oleh sebuh NGO Palestin. Aqsa Syarif telah menyelamatkan projek ini melalui sumbangan rakyat Malaysia. Tahniah Rakyat Malaysia dan teruskan sumbangan anda melalui Aqsa Syarif.

Freedom Flotilla : Lifeline4Gaza 2 (Malaysia)


Freedom Flotilla : Lifeline4Gaza 2 (Malaysia)

Temubual wartawan Astro Awani bersama Ust Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif) dan Haji Jamuliddin Bin Elias (Yayasan Amal).



Tarbiah Ramadhan Dalam Rumahtangga oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Tarbiah Ramadhan Dalam Rumahtangga 
oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Prof Madya Ust Hasanuddin Mohd Yunus 
membicarakan tentang Ramadhan membantu menguruskan hubungan suami-isteri dan rumahtangga.



Lifeline4Gaza | 12 Sukarelawan Selamat Tiba


Lifeline4Gaza | 12 Sukarelawan Selamat Tiba



6 Jun 20101 | 5.20am | KLIA
Senarai nama sekarelawan daripada Malaysia. 


1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai'e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Pengalaman Aktivis Malaysia Dalam Misi Bantuan Gaza Flotilla


Pengalaman Aktivis Malaysia Dalam Misi Bantuan Gaza Flotilla









KUALA LUMPUR, 6 Jun - Ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin berkata penggunaan peluru getah adalah sebagai alasan semata-mata kerana terdapat bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara.

Noorazman dan sebelas lagi sukarelawan Malaysia berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang tentera Israel Isnin lepas.

Katanya, beliau dan tiga rakan aktivis - Abdul Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus dan Jamuliddin Elias - turut ditembak dengan peluru getah dan mengenai masing-masing di bahagian kepala, belakang dan paha.

"Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan sahaja," katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di tanah air awal pagi ini.

"Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal.

"Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang yang mereka mahu bunuh.

"Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa... tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak. Kami hanya orang biasa. Salah seorang media Turki yang ditembak memang ada di dalam senarai itu," katanya.

Beliau berkata ketika serangan pada waktu Subuh itu, wakil media telah menunjukkan keberanian dengan terus merakamkan kejadian itu tanpa menghiraukan keselamatan mereka walupun ketika itu dihujani peluru.

"Ketika kami diserang selepas waktu solat Subuh, rakan media telah menunjuk keberanian dan kekuatan mereka tanpa menghiraukan perkara membahayakan mereka dengan peluru ketika itu seperti hujan.

"Mereka cuba merakam sebanyak mungkin untuk tujuan memberikan kesedaran dan maklumat kepada seluruh dunia."

Malah katanya seorang wartawan Indonesia yang dikenali sebagai Suria telah ditembak peluru hidup di dada kanannya.

Namun dalam keadaan kritikal itu beliau masih cuba mendapatkan maklumat-maklumat yang ada walaupun selepas itu maklumat itu telah dirampas.

Noorazaman amat mengharapkan bantuan media untuk menekan Israel bagi menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Kita harapkan rakan media yang ada dapat terus membantu usaha kita untuk membebaskan penderitaan yang dialami rakyat Palestin ini."

Sementara itu, Noorazman berkata mereka juga tidak menyangka dapat keluar dari Israel seawal ini.

"Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin setahun dua tahun lagi.

"Apatah lagi kami telah diputuskan hubungan (dengan dunia) luar dengan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Kami hanya melihat kedutaan-kedutaan negara lain masuk ke dalam penjara.

"Kami tahu Kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tidak ada hubungan diplomatik (dengan Israel)," kata ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin.

Kesemua 12 sukarelawan Malaysia yang selama pulang itu memanjatkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.

"Saya bagi pihak rakan-rakan juga mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Jordan. Kami tidak sangka dapat keluar awal.

"Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira itu," kata ketua biro Palestin Haluan Malaysia itu.

- Bernama