Tuesday 30 October 2012

Isra' Mi'raj dan negosiasi oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus


Isra' Mi'raj dan negosiasi






TVAlhijrah 28 Okt 2012 - YDP IKRAM Selangor, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus - IKRAM Memainkan Peranan Dalam Merealisasikan Islam

TVAlhijrah 28 Okt 2012

YDP IKRAM Selangor, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

IKRAM Memainkan Peranan Dalam Merealisasikan Islam 




Dalam apa perbezaan pun; Pertubuhan Ikram Malaysia dan Gerakan Islam yang lain akan memastikan Islam melonjak dalam apa keadaan sekalipun.

Selama ini kenapa Islam tidak di tempanya yang sewajar, walau dia bukan negara Sekular?

Penafian Malaysia bukan negara sekular, tidak akan membuat non muslim merasa takut kepada Islam.....

Syria : Pergolakan yang tidak berkesudahan


Syria : Pergolakan yang tidak berkesudahan







Merupakan slot pertama AMIR Education Fair(AEF) yang di adakan di Saitama, Jepun pada 4-5 Mei 2012.

Slot1:
Interaktif
Syria : Pergolakan yang tidak berkesudahan

Membawakan kepada anda kupasan lanjut mengenai pergolakan yang sedang berlaku di Syria oleh Dr Hafidzi Mohd Noor(Pengerusi Agsa Syarif Berhad),tokoh yang dijemput khas dari Malaysia

"Aqsa Syarif yang diluluskan pendaftarannya pada 4 Februari 2010, telah melangkah jauh sejak setahun yang lalu di dalam menggerakkan usaha-usaha ke arah pembebasan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa, Al-Haram Asy-Syarif. Kepimpinan yang diterajui oleh Pengerusi yang pertama, Al-Fadhil Al-Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif serta disokong oleh pengurus-pengurus dan pasukan aktivisnya di semua 14 negeri dan 67 daerah, telah berjaya membawa Aqsa Syarif ke satu mercu tanda yang bermakna dalam melakar perjuangan pembebasan Palestin di tanah air Malaysia yang makmur dan tercinta ini."

Astro Awani Agenda Awani 2 Sep 2012 Meneruskan Visi & Misi Dr Hafidzi dan Ust Hasanuddin


Astro Awani Agenda Awani 2 Sep 2012 

Meneruskan Visi & Misi 

oleh Dr Hafidzi Mohd Noor dan Ust Hasanuddin Mohd Yunus





Temuramah dalam Agenda Awani di Astro Awani pada 2 September 2012 yang lalu.

Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Ketua Misi Aqsa2Gaza 8, Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus mengulas tajuk : Meneruskan Visi & Misi, bersama hos yang terkenal komited dalam isu Palestin dan antarabangsa, Hj Nazri Kahar.

Projek Ternakan Lembu dan Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza


Projek Ternakan Lembu dan Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza






Saksikan temubual TV3 dengan Pengerusi Aqsa Syarif, Ust Hasanuddin Mohd Yunus tentang Projek Ternakan Lembu dan Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza, Palestin. Akaun untuk menyalurkan sumbangan juga disertakan.

Projek ternakan lembu ini pada asal telah terbengkalai, ditinggalkan oleh sebuh NGO Palestin. Aqsa Syarif telah menyelamatkan projek ini melalui sumbangan rakyat Malaysia. Tahniah Rakyat Malaysia dan teruskan sumbangan anda melalui Aqsa Syarif.

Freedom Flotilla : Lifeline4Gaza 2 (Malaysia)


Freedom Flotilla : Lifeline4Gaza 2 (Malaysia)

Temubual wartawan Astro Awani bersama Ust Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif) dan Haji Jamuliddin Bin Elias (Yayasan Amal).



Tarbiah Ramadhan Dalam Rumahtangga oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Tarbiah Ramadhan Dalam Rumahtangga 
oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Prof Madya Ust Hasanuddin Mohd Yunus 
membicarakan tentang Ramadhan membantu menguruskan hubungan suami-isteri dan rumahtangga.



Lifeline4Gaza | 12 Sukarelawan Selamat Tiba


Lifeline4Gaza | 12 Sukarelawan Selamat Tiba



6 Jun 20101 | 5.20am | KLIA
Senarai nama sekarelawan daripada Malaysia. 


1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai'e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Pengalaman Aktivis Malaysia Dalam Misi Bantuan Gaza Flotilla


Pengalaman Aktivis Malaysia Dalam Misi Bantuan Gaza Flotilla









KUALA LUMPUR, 6 Jun - Ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin berkata penggunaan peluru getah adalah sebagai alasan semata-mata kerana terdapat bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara.

Noorazman dan sebelas lagi sukarelawan Malaysia berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang tentera Israel Isnin lepas.

Katanya, beliau dan tiga rakan aktivis - Abdul Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus dan Jamuliddin Elias - turut ditembak dengan peluru getah dan mengenai masing-masing di bahagian kepala, belakang dan paha.

"Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan sahaja," katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di tanah air awal pagi ini.

"Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal.

"Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang yang mereka mahu bunuh.

"Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa... tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak. Kami hanya orang biasa. Salah seorang media Turki yang ditembak memang ada di dalam senarai itu," katanya.

Beliau berkata ketika serangan pada waktu Subuh itu, wakil media telah menunjukkan keberanian dengan terus merakamkan kejadian itu tanpa menghiraukan keselamatan mereka walupun ketika itu dihujani peluru.

"Ketika kami diserang selepas waktu solat Subuh, rakan media telah menunjuk keberanian dan kekuatan mereka tanpa menghiraukan perkara membahayakan mereka dengan peluru ketika itu seperti hujan.

"Mereka cuba merakam sebanyak mungkin untuk tujuan memberikan kesedaran dan maklumat kepada seluruh dunia."

Malah katanya seorang wartawan Indonesia yang dikenali sebagai Suria telah ditembak peluru hidup di dada kanannya.

Namun dalam keadaan kritikal itu beliau masih cuba mendapatkan maklumat-maklumat yang ada walaupun selepas itu maklumat itu telah dirampas.

Noorazaman amat mengharapkan bantuan media untuk menekan Israel bagi menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Kita harapkan rakan media yang ada dapat terus membantu usaha kita untuk membebaskan penderitaan yang dialami rakyat Palestin ini."

Sementara itu, Noorazman berkata mereka juga tidak menyangka dapat keluar dari Israel seawal ini.

"Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin setahun dua tahun lagi.

"Apatah lagi kami telah diputuskan hubungan (dengan dunia) luar dengan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Kami hanya melihat kedutaan-kedutaan negara lain masuk ke dalam penjara.

"Kami tahu Kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tidak ada hubungan diplomatik (dengan Israel)," kata ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin.

Kesemua 12 sukarelawan Malaysia yang selama pulang itu memanjatkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.

"Saya bagi pihak rakan-rakan juga mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Jordan. Kami tidak sangka dapat keluar awal.

"Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira itu," kata ketua biro Palestin Haluan Malaysia itu.

- Bernama

Tafsir Surah At Taubah Ayat 119-122 oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Tafsir Surah At Taubah Ayat 119-122 
oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Sama-samalah kita menghayati dan mengambil pengajaran daripadanya.




Tafsir Surah Al Anfal Ayat 60-63 oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus


Tafsir Surah Al Anfal Ayat 60-63
oleh Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus 

Sama-sama kita menghayati pesanan ini.





Tafseer 95-98 Surah An Nisa' oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus


Tafsir Surah An Nisa' Ayat 95-98
oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus 

Kelompok orang yang berjuang di jalan Allah swt 
dan kelompok orang yang mempunyai alasan 
serta orang yang mempunyai keuzuran untuk berjuang.

Sama-sama kita menghayati pesanan ini.




Tafsir Surah At Taubah Ayat 19 - 20 - Ustaz Hasanuddin


Speaker: Assoc. Prof. Ust. Haji Hasanuddin Mohd Yunus
(Lecturer of Islamic Studies, Centre for Languages and General Studies, CUCMS)


Tafsir Surah Al Taubah Ayat 19-20 
ini telah disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus 

Moga majlis ilmu menjadikan kita terikat dengan al-Quran dan terikat dengan kalam Allah, terikat dengan kalam Allah, berinteraksi dengan al-Quran, menjadikan kekuatan rohani bertambah, dan menjadikan kekuatan minda bertambah, setiap huruf menjadikan kekuatan kerohanian, membuka minda untuk berifikir untuk bertadabbur, menjadikan petunjukkan yang mana haq dan batil, mana yang lebih utama dan yang mana terletak kedua ketiga, menyebabkan rongga-rongga di bahagian muka bergerak bila  menyebut huruf-huruf al-Quran, sebagai latihan minda, segala-galanya terlalu hebat dalam al-Quran. Moga kelas tafsir kita manfaatkan kekuatannya dlm sudut pelbagai.

Semoga Allah SWYT memberikan kita Taufiq dan Hidayah. Amin.



Tafsir Surah Al Maidah Ayat 27-30 oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Ceramah Umum Bertajuk 
Tafsir Surah Al Maidah Ayat 27-30 
ini telah disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus 
pada 15 Disember 2011 di Pejabat IKRAM Shah Alam. 

Sama samalah kita semua mencungkil sebanyak manfaat yang boleh, 
mengamalkan pesanan pesanan dalam hidup kita. 
Semoga Allah SWYT meemberikan kita Taufiq dan Hidayah. Amin.



Tafsir Surah As Saff oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Ustaz Hasanudin Mohd Yunus 
telah menyampaikan ceramah umum bertajuk 
"Tafsir Surah As Saff" 
anjuran Jawatankuasa Tarbiyah IKRAM Shah Alam. 
Semoga tuan/puan akan mendapat banyak manfaat. 
Amin Ya Rabbal'Alamin.




Forum IRIS Slot 2 - Ijtimak Ramadhan IKRAM Selangor

Ijtimak Ramadhan IKRAM Selangor, Masjid Wilayah

20-21 Ramadhan 1431 / 20-21 Ogos 2011
Forum Moderator : Ust Roslan Mohamad.
Ahli Panel: Dr Hatta Shaharom dan Ust Hasanuddin Mohd Yunus


Forum IRIS - Ijtimak Ramadhan IKRAM Selangor

Ijtimak Ramadhan IKRAM Selangor, Masjid Wilayah
20-21 Ramadhan 1431 / 20-21 Ogos 2011
Forum Moderator : Ust Roslan Mohamad.
Ahli Panel: Dr Hatta Shaharom dan Ust Hasanuddin Mohd Yunus



Tuesday 16 October 2012

Ijtima' Ramadhan IKRAM Selangor - Ucapan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus


Ijtima' Ramadhan IKRAM Selangor 2012
                                                   Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah
Ustaz Hasanudin Mohd Yunus,Yang Di Pertua IKRAM Selangor




17th CUCMS PPIM Quranic Tafseer Class with - Ustaz Hasanuddin


17th CUCMS PPIM Quranic Tafseer Class with - Ustaz Hasanuddin




The 13th CUCMS PPIM Ustaz Hasanuddin Tafsir Quran Class Part 2


The 13th CUCMS PPIM Ustaz Hasanuddin Tafsir Quran Class Part 2





The 13th CUCMS PPIM Ustaz Hasanuddin Tafsir Quran Class Part 1


The 13th CUCMS PPIM Ustaz Hasanuddin Tafsir Quran Class Part 1





The 15th CUCMS PPIM Quran Tafseer Class - with Ustaz Hasanuddin


The 15th CUCMS PPIM Quran Tafseer Class - with Ustaz Hasanuddin





The 14th CUCMS PPIM Ustaz Hasanuddin Quranic Tafsir Class-Part3

The 14th CUCMS PPIM Ustaz Hasanuddin Quranic Tafsir Class-Part3




The 14th CUCMS PPIM Ustaz Hasanuddin Quranic Tafsir Class-Part2


The 14th CUCMS PPIM Ustaz Hasanuddin Quranic Tafsir Class-Part2





The 14th CUCMS PPIM Ustaz Hasanuddin Quranic Tafsir Class-Part1


The 14th CUCMS PPIM Ustaz Hasanuddin Quranic Tafsir Class-Part1






Bacaan Doa Sempena Konvo 2 CUCMS oleh Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

BACAAN DOA SEMPENA KONVO 2 CUCMS OLEH USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS

CUCMS bertungkus lumus melahirkan golongan mahir dalam dunia Medical Sciences, CUCMS.
Berdoa selepas berusaha. Moga Allah swt mengurniakan kejayaan cemerlang kepada semua graduan CUCMS di mana sahaja mereka berada. Semoga istiqamah!



Doa Imam Syafie untuk Penderma - Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

DOA IMAM SYAFIE UNTUK PENDERMA OLEH USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS


Doa yang diajarkan oleh Imam Shafie untuk didoakan kepada para penderma. Disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin ketika charity lunch untuk pembinaan surau Sekolah Al-Amin Bangi



SPM 2011 - Doa Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

DOA USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS

Sehari sebelum menduduki peperiksaan SPM 2011, pelajar SMIH telah bersama-sama Ust Hasanuddin Mohd Yunus berdoa ke hadrat Allah SWT mohon dimudahkan urusan peperiksaan 
dan dikurniakan kejayaan cemerlang.



SPM 2011 - Pesanan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

PESANAN USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS


Pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah telah mendapat pesanan dari Ust Hasanuddin Mohd Yunus sehari sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM 2011 iaitu pada 13 Nov 2011. Ust Hasanuddin Mohd Yunus merupakan motivator dan mentor mereka terutamanya semasa Mukhayyam Tingkatan 5.